Followers

Pages

Saturday, November 19, 2011

di SAAT itu..

ASSALAMUALAIKUM WMT
Kalian tidak akan tahu selagi tidak merasainya..
empati lah. .
fikirlah seperti mana orang itu rasa . seperti mana dilaluinya .
simpati . .
hanyalah perasaan melihat seseorang itu melaluinya .
hulur lah tangan . .
Berat sangat kah tangan yg dipinjam dr TUHAN untuk dihulurkan kepada yang lain ?
janjiku . .
akan pasti ku ber-empati terhadap orang lain bukan sekadar simpati . . akan ku hulurkan tangan lemah ku . kepada sesape yang memerlukan . 
Apa yg ditanya oleh ALLAH nanti, bukanlah hasil sesuatu kerja itu . tetapi usaha kamu melaksanakan kerja itu . .
"seekor burung cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim, kerana takut untuk berhadapan dengan ALLAH satu hari nanti . walaupun dilihat sia-sia tapi, itulah usaha termampu yang dibuat burung itu"
Masya-ALLAH . .
ramai yg memberitahu . 
"dugaan nih pasti ada hikmah disebaliknya..bersabarlah.."
rasa berdosa . 
apabila, dugaan yang ku hadapi ni . ku caci-caci .
terlintas di hati . .
"Hikmah??tidak ada langsung hikmah yg ku dapat dengan keadaan sebegini ! aq give up !"
di SAAT aku kesorangan disurau itu . .
datang seorang insan yg memperkenalkan dirinya kpd ku .
senyuman palsu ku berikan dan berbual dengannya .
dia berkata .
"adik, kalo kita buat tazkirah bersama-sama sekejap bole?"
anggukku bersetuju redha ,
katanya .
"syukur dik, kaki adik patah . kifarah dosa nih . Allah sayangkan adik lah sebab tuh bagi ujian camni . insya-Allah satu hari nanti kaki adik baik, bagaimana pula dengan org lain yg mMg dah tiada kaki? apa yg adik lalui ini lah yg dilalui mereka setiap hari . redha taw dik"
hati kecilku berkata .
"terima kasih ya ahi . ini lah yg aku perlukan . hanya kata-kata semangat sahaja dah cukop menaikkan semangat aku untuk terus bersabar . . "
tazkirah itu tidak lama . kerana isya' menanti kami . .
Ya ALLAH, terima kasih kerana menghantar seorang hamba mu mengingatkan kepada hamba mu yang hampir kufur terhadap nikmat mu . permudahkan urusan hamba mu yg lemah ini dan jadikanlah aku penyabar dan mampu bersabar dengan setiap dugaanmu .

No comments: