Followers

Pages

Sunday, February 16, 2014

Anakmu Pulang =)

ASSALAMUALAIKUM W.M.T

Setelah 7 bulan jauh dari mu..kini anak mu pulang kembali ke pangkuan Ibu kandung suluh budiman. Sedikit tips untuk sahabat-sahabat yang sudah sekian lama "berkarat". (^^,)v

1. Buat persiapan diri sesiap-siapnya.
- persiapan yang dimaksudkan di sini ialah persiapan dari segi fizikal, mental dan rohani nya. pastikan fizikal kita sudah bersedia untuk mengharungi hidup seorang pelajar dengan memastikan anda beriadah di waktu petang (tak perlu ke gym, berjalan-jalan petang sudah lebih dari cukup). Bagi persiapan mental pula, pastikan mood study anda sudah ada ketika ini ! persiapkan segala peralatan tulis, jadual kuliah sudah di cetak, baju-baju sudah di streika, buku-buku sudah tersedia, dll. Dengan ada nya persiapan ini, minda anda akan bersama sedia dan akan mula mendapat mood beljar itu kembali. Bagi persiapan rohani pula adalah hubungan dan kebergantungan kita kepada Allah bagi memudahkan urusan kita dan memohon semuanya berjalan dengan lancar..kita merancang, Allah menentukan =)

2. Rancang Kewangan !
- kewangan bukan benda main-main ! pastikan, kita merancang secara kasar kemana perginya nanti wang kita nanti.. Supaya, kita tak kesempitan di akhir-akhir semester nanti.. hoho

3. Isu semasa
- Selain isu semasa dunia, isu semasa di kampus juga kita perlu cakna. Lebih-lebih lagi isu di dalam fakulti. (~_~) tidaklah kita nanti terkontang kanting dimainkan oleh sistem-sistem dalam fakulti yang berkemungkinan telah banyak berubah sepanajang kita tiada di kampus ini.

Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi bibit-bibit akhir di pangkuan ibu kandung suluh budiman ini (^^,)
Sekadar perkongsian sahaja ~ 

No comments: